Tuesday, September 16, 2014

PEJABAT PENTADBIRAN JAWATANKUASA KIFAYAH

Mulai 29 Ogos2014 (Jumaat), pejabat rasmi Jawatankuasa KIFAYAH  di No. 424 Jalan Kapal Terbang, 08000 SG. PETANI, Kedah Darul Aman telah dirasmikan dengan bacaan surah Yassin selepas Solat Jumaat.  Turut hadir ialah Pengerusi KIFAYAH, YB Hj Ali Yahaya.  Pejabat ini akan digunakan oleh Jawatankuasa KIFAYAH iaitu KIFAYAH(Timur) yang mentadbir Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani Taman Kelisa (Raudhatul Solihin) dan KIFAYAH (Barat) yang akan mentadbir Tanah Perkuburan Islam baru di Merbuk yang akan dibuka tidak lama lagi. Semua urusan pentadbiran Jawatankuasa KIFAYAH seperti mesyuarat dan perjumpaan akan diadakan di premis berkenaan.

No comments:

Post a Comment