Admin

MESYUARAT

1.          MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK

          Mesyuarat ini diadakan setiap 3 bulan dengan lokasi mesyuarat secara giliran dikalangan

          9 buah masjid.  Mesyuarat terakhir ialah  Kali Ke 9 pada  12 Januari 2011 di Pejabat Agama

          Daerah. Mesyuarat ini adalah berkaitan dengan perkara dasar  peraturan TPISP dan

          semua perkara yang berkaitan dengan TPISP.

2.          MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN

          Mesyuarat ini diadakan hanya ketika perlu sahaja bagi membincangkan hal-hal yang

          berkaitan dengan pengurusan tanah perkuburan dan pengkebumian sahaja.  Kali terakhir

          di adakan di Pejabat Pengerusi TPISP pada  10 Nob 2011.



SOALAN LAZIM

1.      Jika ada  waris yang tidak mampu menyediakan wang seperti yang ditetapkan, bagaimana pengkebumian boleh dilakukan? 
Jawapan:  Pihak TPISP akan mengubungi Qaryah berkenaan meminta Tuan Imam
membuat pengesahan status simati/waris samaada benar-benar miskin.  Jika benar,
TPISP akan mengecualikan  kos berkenaan sejumlah RM 80.00.  Baki RM 320.00 ditanggung oleh qaryah sendiri 
2.      Bagaimana dengan jenazah  tidak dituntut di Hospital yang tiada waris, setelah pihak Hospital/Polis membenarkan Jabatan Agama menuntutnya? 
Jawapan: Kos pengkebumian di tanggung oleh TPISP sepenuhnya dan tuntutan akan dibuat ke Baitiul Mal sekadar yang diluluskan sahaja.
3.      Bolehkah waris menanam pokok di atas  pusara atau bersebelahan pusara?
Jawapan:  Tidak boleh, jika waris ingin memberi sumbangan pokok bunga boleh berbuat
demikian dan hubungi penyelaras untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk
ditanam.
 
4.      Bolehkah dikebumikan lebih seorang didalam satu liang pengkebumian?
Jawapan.  Boleh jika diatas permintaan keluarga jika meninggal dunia sama jantina dan hendak dikebumikan serentak.  Mestilah tidak menggunakan keranda, memadai dengan  papan sekeping atau secara liang lahat itu pun jikas waris sendiri berupaya melakukan nya (korek liang lahat).
 
5.      Boleh kah waris membaca Al-Quran diaras tanah perkuburan?
Jawapan.  Dibenarkan dan dialukan-alukan kepada semua waris sebilang masa.
  1. Bolehkah dikebumikan mengikut kelompok keluarga?
Jawapan.  Tidak boleh.

FAKTA-FAKTA MENARIK TPISP
1.       Pengkebumian pertama ialah pada 06 Jun 2010 seorang perempuan , diikuti dengan jenazah suaminya yang meninggal dunia serentak akibat kemalangan jalanraya pada 05 Jun 2007.  Jenazah ketiga juga pada hari yangsama iaitu seorang lelaki.
2.      Sejak beroperasi 4 tahun lalu, jenazah lelaki  sentiasa mendahului jenazah perempuan.
3.      Jenazah paling tua dikebumikan disini ialah lelaki 96 tahun pada 29 Okt 2009.
4.      Jenazah warga asing sehingga kini seramai 8 orang kesemuanya warga Indonesia.
5.      Taman Ria Jaya mendahulu jumlah pengkebumian sejak Jun 2007 hingga sekarang.
6.      Dari kes kemalangan jalan raya seramai 35 orang hanya 2 orang tua yang lain adalah remaja.
7.      Sejak beroperasi sebab mati ‘sakit tua’ mendahului dari awal hingga sekarang.
8.      Bulan Mei 2010 mencatit pengkebumian tertinggi ialah 21 orang.
 RANCANGAN MASA HADAPAN
Pengerusi TPISP,  En Ali bin Yahaya didalam mesyuarat AJK yang lalu, menyuarakan yang beliau sedang  merancang untuk membina sebuah asrama anak yatim dikawasan tanah perkuburan.  Kertas  kerja mengenainya sedang di sediakan oleh beliau.  Insha Allah akan dikemukakan dimesyuarat AJK akan datang.
 PEMBANGUNAN DI SEKELILING
Pembangunan prasarana di sekeliling TPISP sedang berjalan dengan rancak dan sebuah taman perumahan kos sederhana sedang didalam pembinaan dengan jarak 100 meter sahaja dari tanah perkuburan dan dijangka akan diduki menjelang awal 2011.  Didalam jangmasa 5 tahun dari sekarang TPISP akan menjadi tanah perkuburan moden di dalam bandar.  Disekeliling nya akan mengandungi masjid, rumah kediaman, rumah kedai dan sebagainya.  Ini bermaana akan lengkaplah satu kehidupan yang akan member kebahgiaan didunia dan juga kebahgiaan di akhirat.
 SUMBER PENDAPATAN
TPISP tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.  Pendapatannya adalah dari baki perkhidmatan pengkebumian yang dimasukan ke akaun TPISP iaitu RM 60.00 bagi setiap jenazah.  Selain itu baki pokok kelapa sawit dipajakan  dengan sumber lebih kurang  RM 2,000.00 setahun.  Jawatankuasa TPISP merayu agar umat Islam yang berminat untuk menghulurkan sumbangan bagi   tujuan pengurusan terutama sekali untuk membina pagar baru dan pintu pagarnya.  Sebarang sumbangan boleh hubungi kami melalui email dan telefon tersedia.
 TABUNG  JARIAH PENGURUSAN TPISP
Sebuah tabung derma pengurusan tanah perkuburan diletakan di tanah perkuburan dan sesiapa sahaja boleh menderma bagi tujuan pengurusan  tanah perkuburan  seperti bayaran letrik dan sebagainya. 

ARAHAN  TAMBAHAN KEPADA WARIS DAN PELAWAT

1.      Jenazah mestilah di iiringi oleh sekurang-kurang 6  orang lelaki untuk membantu semasa hendak memasukan jenazah kedalam liang yang akan disambut oleh  pengurus pengkebumian  didalam liang.

2.      Waris boleh menyemak susunan pusara di papan kenyataan di pejabat.

3.      Dilarang mematahkan tanaman di kawasan tanah perkuburan untuk diletakan diatas pusara.

       4.    Digalakan membawa sendiri air minuman (air mineral) botol untuk melepaskan dahaga

              selepas/semasa pengkebumian.

  1. Jika mempunyai sebarang masaalah dan perlu untuk menghubungi kami sila hubungi  
      Ketua Penyelaras TPISP.