Kenali Kami

LATAR BELAKANG

Sejak zaman berzaman masyarakat Islam di Malaysia menguruskan tanah perkuburan secara tradisional dengan kesinambungan apa yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu.  Setiap kampong/masjid mempunyai tanah perkuburan sendiri dengan keluasan terhad hasil wakaf  individu tertentu didalam masyarakat.  Tiada ada garis panduan khusus untuk pengurusan yang lebih baik  atau secara teratur dan sistematik.   Pengkebumian didalam kelompok keluarga di amalkan dengan berbagai jenis batu nisan yang tidak seragam.  Tanaman tidak terjaga dan kelihatan semak  hingga timbul gambaran perkuburan Islam sesuatu yang menakutkan.

SEJARAH

Bandar Sungai Petani, Kedah pesat membangun dengan pertambahan penduduk yang pesat. Masaalah mula timbul bila berlaku kematian, tanah perkuburtan semakin mengecil.  Pertengahan  2006, Tanah Perkuburan terulung di Sungai Petani, iaitu Kg. Raja tidak lagi dapat menampong nya, maka beberapa qaryah berdekatan secara bersepadu memohon kepada Kerajaan Negeri Kedah tanah  untuk dijadikan tanah perkuburan secara bersepadu.   Usaha ini diketuai oleh En Ali bin Yahaya, ketika itu  berkhidmat sebagai Setpol MB Kedah, bersama-sama Tuan Hj Zainal Abidin bin Abd Hamid dan Tuan Haji Kassim bin Hj Osman dengan dibantu oleh beberapa AJK termasuk Imam-imam.  Jan 2007 dengan izin Allah Kerajaan Negeri Kedah menganugerahkan sebidang tanah milik PKNK seluas 12 ekar di Ladang Rusa/Darul Aman Perdana sebagai tanah perkuburan umat Islam di 9 buah qaryah di Timur Sungai Petani . Pada   09 Mac 2007 upacara pecah tanah dilakukan oleh En Ali bin Yahaya. Hasil sumbangan dari Yayasan Al-Bukhari serta  sumbangan beberapa pihak termasuk qaryah terlibat, proses menyediakakn tapak dilakukan.


PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah,  bersyukur kepada Allah diatas limpah rahmatnya dianugerahkan kesihatan yang baik, di panjangkan umur dan diberi kebahagian untuk sama-sama kita menunaikan amanah Allah kepada diri kita, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Disamping usaha memakmur kehidupan dengan memikul amanah Allah dengan mengikuti jalan yang diredzainya maka berbagai aspek kehidupan dunia dibangun dan dimajukan bagi  faedah yang hidup  tetapi tidak ramai yang merancang untuk mereka yang mati dan bakal mati.  Perkara yang jarang orang berfikir ialah mengenai ‘tanah perkuburan’. 

Oleh kerana ia melibatkan beberapa masjid dengan populasi melehi 100,000 penduduk Islam maka tanah perkuburan ini di uruskan secara sistematik dan moden bagI  menganjak sedikit paradigma masyarakat Islam di negara kita tentang persepsi dan pandangan mereka terhadap  tanah perkuburan.  Untuk menarik orang ke destinasi lain, amat mudah dengan  disaji berbagai program tetapi untuk menarik orang menziarahi tanah perkuburan bukan lah seasuatu mudah.  Insha Allah dengan usaha gigih jawatankuasa tanah perkuburan ini ramai orang menziarahinya.  Pendekatan baru sebagaimana yang dipaparkan di laman web ini cuba di ketengahkan dan Insha Allah ia mendapat maklum balas yang cukup baik dan membina.  Pengurusan  yang  sistematik ini tidak akan dapat berjalan baik tanpa usaha gigih dari Jawatankuasa. Saya mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua  mereka yang terlibart secara lansgung atau tidak didalam merealisasikan wawasan  ini.

Didalam  dunia serba canggih tanpa sempadan ini, infomasi berisi ilmu bermunafaat atau sumber maklumat  yang  dipercayai  diakses di hujung jari sahaja.  Tanah Perkuburan ini mungkin satu-satunya di Negara kita yang meiliki laman web rasmi.   Laman ini diwujudkan untuk member segala informasi kepada waris dan sesiapa sahaja dimana juga mereka berada kerana mereka pasti menjunginyaa satu hati nanti

Sempena pelancaran Laman Web rasmi Tanah Perkuburan ini, saya berharap semua pihak yang bertanggungjawab terutama Jawatankuasa Pengurusan dibawah Tuan Hj Zainol Abidin dan Tuan Haji Kassim  serta  Jawatankuasa Pengkebumian dibawah Ust Zulkifli Hj said dapat mempertingkat usaha  dengan memaksimuknan keupayaan melaksanakan urusan fardu kifayah sejajar dengan apa yang dikehendaki Allah.  Mudah-mudahan usaha  kita sekelian mendapat ganjaran Allah jua.  Sekian terima kasih. Wasaallam……

OPERASI TPISP

Tanah Perkuburan ini memulakan operasinnya mulai 01 Jun 2007.  Upacara Perasmian dilakukan oleh En Ali Yahaya dengan  mengadakan mesyuarat pertama di  Pejabat Agama Daerah Kuala Muda pada 28 Mei 2007 dengan bacaan doa selamat dan perlantikan Jawatankuasa . Saudara Zulkifli bin Haji Said membentangkan kertas kerja pengurusan tanah perkuburan secara moden dan sistyemasik.  Mesyuarat bersetuju  dengan pembentangan kertas kerja tersebut menamakan tanah perkuburan ini dengan  nama TANAH PERKUBURAN ISLAM SUNGAI PETANI (TPISP)   Tarikh penguatkuasaan penggunaannya ialah pada 01 Jun 2007.  Jenazah pertama di kebumikan  ialah pada 06 Jun 2007 iaitu jenazah seorang perempuan dan yang kedua seorang lelaki suami nya  yang kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.  Jenazah ke 3 pada hari yang sama ialah seorang lelaki kerana sakit tua.

LOKASI

Ia terletak di Darul Aman Perdana iaitu Utara Taman Kelisa dan sebelah Timur Aman Jaya.
Dibawah pentadbiran Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).  Disegi politik ia terletak di Parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau.  Urusan agama dibawah pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.  Alamat rasmi ialah:

                                          Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
                                                              Darul Aman Perdana
                                                            08000 SUNGAI PETANI
                                                               Kedah Darul Aman
KELUASAN

Keluasan  sebenar tanah perkuburan ini ialah 12.172 ekar  yang pada awalnya dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit.  Penggunaan pertama sebagai tapak perkuburan ialah seluas 2.5 ekar sebagai fasa pertama perkuburan.   Baki masih dipenuhi dengan pokok kelapa sawit yang mendatangkan hasil lebih kurang RM 2,000.00 setahun kepada TPISP.









TPISP boleh dihubungi melalui:

Web  - http://www.perkuburanislam-sp.com.my/

Blog  - http://perkuburanislamsp.blogsport.com/

Email:   zulteja@gmail.com
              zulkifliteja@live.com
              tpispkelisa@ymail.com
              penyelaras1@perkuburanislam-sp.com.my
              zul@perkuburanislam-sp.com.my
              perkuburanislamsp@gmail.com

Pengerusi - En Ali bin Yahaya - 019-3812718
Setiausaha - Haji Zainal Abidin - 019-5166220
Bendahari - Haji  Kassim - 019-4815442 dan 04-4425694
Penyelaras - Zulkifli - 012-4679880 dan 016-4391671