WAKTU ZIARAH TANAH PERKUBURAN
Tiada had waktu ziarah tanah perkuburan. Walaubagaimana pun semasa masuk dan keluar hendaklah menentukan pintu utama ditutup sebilang masa kerana dikhuatiri dimasuki lembu/anjing. Selagi berada diatas tanah perkuburan sila patuhi peraturan TPISP.
ADAB ZIARAH TANAH PERKUBURAN
1. Sunat member salam dan mendahului kaki kanan ketika memasuki kawasan
perkuburan. Sunat mengambil wuduk dan jika ada masjid berdekatan lebih baik menunaikan
solat sunat tahyatul masjid selepas itu baru ziarah kubur.
2. Makruh sekiranya ada percapuran lelaki/perempuan bukan mahram, kecuali yang
sudah tua hukumnya harus.
3. Sunat baca Quran kemudian tahlil dan disusuli dengan doa. Duduk hampir dengan
kuburnya. Dilarang tawaf sekeliling kubur atau melakukan kerja syirik.
4. Lebih mulia ziarah hari Jumaat atau lebaran tetapi tak salah hari lain.
5. Membersih kubur, jauh dari bercakap hal keduniaan, dilarang merokok atau
mengotorkan tanah perkuburan, mematikan telefon bagi mengelak gangguan kepada orang lain,
6. Berpakaian kemas dan menutup aurat
7. Membantu menjaga tanah perkuburan dan menghormati kemulian tanah
perkuburan, dilarang membuang air kecil dan besar kecuali ditempat yang disediakan. Dilarang
membuat kenduri atau makan-makan kecuali minum bagi menghilangkan dahaga.
8. Dilarang memain alat muzik dan sebarang bunyian.
9. Ziarahlah tanah perkuburan bagi mengingati akan kematian.