Am




SUMBANGAN  DANA UNTUK PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN
TANAH PERKUBURAN ISLAM SUNGAI PETAN
 Jawatankuasa TPISP mengalu-alukan sesiapa  sahaja umat Islam yang ingin menyumbang kepada Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani untuk  tujuan  pengurusan dan  penyelenggaraan TPISP, termasuk  untuk projek permbinaan pagar baru, pintu pagar baru,  jalan tar serta lampu serta lanskap didalam kawasan tanah perkuburan.  Penderma boleh menghubungi Bendahari melalui No. Tel : 019-4815442  , Setiausaha melaui Tel No. 019-5166220 atau Penyelaras TPISP melalui Ni. Tel: 012-4679880 atau -015-4391671.
JENAZAH HIV DAN BERISIKO TINGGI
Pihak pengurusan tidak bercadang mengasingkan jenazah ini, hanya waris akan mengetahui dan pihak TPISP akan merahsiakan dari pengetahuan orang yang lain yang tidak berkenaan untuk menjaga imej dan maruah keluarga.
 
WAKTU ZIARAH TANAH PERKUBURAN
Tiada had waktu ziarah tanah perkuburan. Walaubagaimana pun semasa masuk dan keluar hendaklah menentukan pintu utama ditutup sebilang masa kerana dikhuatiri dimasuki lembu/anjing.   Selagi berada diatas tanah perkuburan sila patuhi peraturan TPISP.
ADAB KETIKA UPACARA PENGKEBUMIAN
1.            Keadaan liang kubur ialah yang tidak boleh keluar dari liang itu akan bau mayat atau 
      tidak boleh digali oleh binatang buas.
2.            Keadaan kubur tidak terlalu luas atau sempit.  Jika luas mengambil masa lama 
             menggali dan menimbusnya, jika sempit menyukarkan memasukan jenazah kedalam
             liang.  Seeloknya mestilah sederhana luasnya
3.            Dalamnya ialah kira-kira 4 hasta, atau jika seorang dewasa berdiri setakat dadanya.
4.            Liang lahat adalah lebih utama ditempat yang sesuai jika sebaliknya menggunakan
      keranda seperti biasa.
5.            Yang aula menurunkan mayat dan yang menyambutnya ialah orang yang juga aula
      mengimamkannya.  Jika tidak ada saudara mara lain juga boleh dikuti dengan
      sahabat handai dan jiran tetangga.
6.            Angkat jenazah dengan lemah lembut didahului kepalanya dan kakinya semasa
      hendak memasukan jenazah kedalam liang.
7.            Iringkan jenazah kearah khiblat dengan bahu kanan kebawah.  Sunat dibukakan
      ikatan tali pengikat mayat.
8.            Setelah di sendal dengan ketulan tanah supaya mayat tidak lagi bergerak, maka
      letakan tudung keranda dan lepas itu masukan tanah perlahan-lahan hingga penuh.
9.            Setelah selesai, bacakan talkin/tahlil  menghadap kearah hadapan mayat itu
10.        Ditengah hadirin bercakap dengan kuat ketika pengkebumian dilakukan
11.        Haram dan berdosa jika meratap dan menangis ketika pengkebumian dijalankan.
12.        Siwtch off alat telekomunikasi jika dibawa ke tanah perkuburan.
13.        Wanita tidak digalakan hadir di tanah perkuburan semasa pengkebumian.
14.        Haram ditutup mayat dengan sutera atau bersalut emas.
15.        Sunat semasa mengiringi jenazah orang yang mengiringinya di hadapan diikuti
      dengan jenazah di belakang.  Makruh berkenderaan jika dekat dengan tanah
      tanah perkuburan.  Yang mengusung dan mengiringi mestilah lelaki sahaja.  Jika
      ada perempuan, percampuran dengan  lelaki bukan muhrim  adalah haram.
16.        Sunat bertafakur mengingati akan kematian. Makruh berbual ketika iringi jenazah.
            melalui tempat awam atau jalanraya  sila patuhi peraturan lalu lintas.
17.       Harus iringi jenazah bukan Islam yang ada talian keluarga.

PENDEKATAN BARU PENGKEBUMIAN
Bagi mencapai matlamat  menjadikan tanah perkuburan Islam yang moden dan sistematik maka pendekatan baru berikut diambil:
1.         Mengasingkan jenazah mengikut kategori LELAKI/PEREMPUAN/KANAK-KANAK
2.         Menggunakan satu jenis batu nisan sahaja
3.         Tidak membenarkan sebarang bentuk binaan diatas pusara
4.         Tidak membenarkan tanaman pokok sesuka hati – tetapi akan diuruskan oleh pihak   
   pengurusan tanah perkuburan
5.         Tidak membenarkan pengkebumian mengikut kelompok keluarga
6.         Penanaman rumput di antara pusara dan pengurusan lanskap yang bersesuaian.
7.         Penyimpanan rekod pengebumian  secara manual dan juga berkomputer
  1.    Memperkenalkan kad pengenalan pusara.
SALURAN PENGURUSAN
1.       Pengurus Jenazah Qaryah
a.          Memaklum kepada Penyelaras Tanah Perkuburan  tidak lewat 1 jam dengan
maklumat rengkas kategori jenazah dan masa jenazah akan tiba di tanah perkuburan
semasa memohon pengkebumian.
b.          Lapur kematian kepada Polis jika meninggal dunia di rumah dan dapatkan permit
pengkebumian.
c.           Isi  borang Lampiran A dan serahkan kepada Penyelaras bila tiba di Tanah
Perkuburan dengan satu salinan fotostat permit penguburan dan  kad pengenalan serta bayaran kebumi.
   
2.       Penyelaras Tanah Perkuburan
a.           Menetapkan liang pengkebumian dan memaklumkan kepadas pengurus 
     pengkebumian.
b.           Sediakan papan tanda sementara untuk diletakan diatas pusara
c.            Merekodkan kematian
d.           Menempah batu nisan
e.           Menggali liang tambahan bila liang simpanan hampir habis digunakan
f.             Menguruskan bacaan talkin/tahlil selepas selesai pengkebumian jika diminta
oleh waris.

3.       Pengurus Pengkebumian
a.          Mengemaskini liang bila dimaklumkan oleh Penyelaras
b.          Siapsedia di tanah perkuburan 15 minit sebelum jenazah tiba
c.           Menguruskan pengkebumian hingga selesai mengikut adab yang ditetapkan

ARAHAN  TAMBAHAN KEPADA WARIS DAN PELAWAT
1.      Jenazah mestilah di iiringi oleh sekurang-kurang 6  orang lelaki untuk membantu semasa hendak memasukan jenazah kedalam liang yang akan disambut oleh  pengurus pengkebumian  didalam liang.
2.      Waris boleh menyemak susunan pusara di papan kenyataan di pejabat.
3.      Dilarang mematahkan tanaman di kawasan tanah perkuburan untuk diletakan diatas pusara.
       4.    Digalakan membawa sendiri air minuman (air mineral) botol untuk melepaskan dahaga
              selepas/semasa pengkebumian.
  1. Jika mempunyai sebarang masaalah dan perlu untuk menghubungi kami sila hubungi  
Ketua Penyelaras TPISP.

NOTIS MEMOHON PENGKEBUMIAN
          Permohonan kebumi mestilah di pohon oleh Pengurus Jenazah Qaryah kepada Penyelaras TPISP melalui telefon atau email tidak kurang  1 jam dari jangkamasa janeazah akan tiba di TPISP.  Maklumat awal yang diperlukan ialah nama, kategori jenazah, no.kp,umur simati dan masa jenazah akan tiba di tanah perkuburan sahaja. 

BORANG PERMOHONAN PENGKEBUMIAN (Lihat - Lampiran 1)
       Borang ini yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada  Penyelaras TPISP oleh Pengurus Jenazah Qarayah bersama permit penguburan dan dokumen sokongan lain bila tiba di tanah perkuburan.  Borang ini  disimpan sebagai rujukan pihak TPISP dan juga waris dimasa depan .

FAKTA-FAKTA MENARIK TPISP
1.       Pengkebumian pertama ialah pada 06 Jun 2010 seorang perempuan , diikuti dengan jenazah suaminya yang meninggal dunia serentak akibat kemalangan jalanraya pada 05 Jun 2007.  Jenazah ketiga juga pada hari yangsama iaitu seorang lelaki.
2.      Sejak beroperasi 4 tahun lalu, jenazah lelaki  sentiasa mendahului jenazah perempuan.
3.      Jenazah paling tua dikebumikan disini ialah lelaki 96 tahun pada 29 Okt 2009.
4.      Jenazah warga asing sehingga kini seramai 8 orang kesemuanya warga Indonesia.
5.      Taman Ria Jaya mendahulu jumlah pengkebumian sejak Jun 2007 hingga sekarang.
6.      Dari kes kemalangan jalan raya seramai 35 orang hanya 2 orang tua yang lain adalah remaja.
7.      Sejak beroperasi sebab mati ‘sakit tua’ mendahului dari awal hingga sekarang.
8.      Bulan Mei 2010 mencatit pengkebumian tertinggi ialah 21 orang.