Prosidur

SALURAN PENGURUSAN

1.       Pengurus Jenazah Qaryah

a.          Memaklum kepada Penyelaras Tanah Perkuburan  tidak lewat 1 jam dengan
maklumat rengkas kategori jenazah dan masa jenazah akan tiba di tanah perkuburan
semasa memohon pengkebumian.
b.          Lapur kematian kepada Polis jika meninggal dunia di rumah dan dapatkan permit
pengkebumian.
c.           Isi  borang Lampiran A dan serahkan kepada Penyelaras bila tiba di Tanah
Perkuburan dengan satu salinan fotostat permit penguburan dan  kad pengenalan serta bayaran kebumi.

            2.       Penyelaras Tanah Perkuburan

a.           Menetapkan liang pengkebumian dan memaklumkan kepadas pengurus
pengkebumian.
b.           Sediakan papan tanda sementara untuk diletakan diatas pusara
c.            Merekodkan kematian
d.           Menempah batu nisan
e.           Menggali liang tambahan bila liang simpanan hampir habis digunakan
f.             Menguruskan bacaan talkin/tahlil selepas selesai pengkebumian jika diminta
oleh waris.

3.       Pengurus Pengkebumian

a.          Mengemaskini liang bila dimaklumkan oleh Penyelaras
b.          Siapsedia di tanah perkuburan 15 minit sebelum jenazah tiba
c.           Menguruskan pengkebumian hingga selesai mengikut adab yang ditetapkan

 ARAHAN  TAMBAHAN KEPADA WARIS DAN PELAWAT

1.      Jenazah mestilah di iiringi oleh sekurang-kurang 6  orang lelaki untuk membantu semasa hendak memasukan jenazah kedalam liang yang akan disambut oleh  pengurus pengkebumian  didalam liang.
2.      Waris boleh menyemak susunan pusara di papan kenyataan di pejabat.
3.      Dilarang mematahkan tanaman di kawasan tanah perkuburan untuk diletakan diatas pusara.
       4.    Digalakan membawa sendiri air minuman (air mineral) botol untuk melepaskan dahaga
              selepas/semasa pengkebumian.
       5. Jika mempunyai sebarang masaalah dan perlu untuk menghubungi kami sila hubungi      
       Ketua Penyelaras TPISP.

NOTIS MEMOHON PENGKEBUMIAN

Permohonan kebumi mestilah di pohon oleh Pengurus Jenazah Qaryah kepada Penyelaras TPISP melalui telefon atau email tidak kurang  1 jam dari jangkamasa janeazah akan tiba di TPISP.  Maklumat awal yang diperlukan ialah nama, kategori jenazah, no.kp,umur simati dan masa jenazah akan tiba di tanah perkuburan sahaja. 

BORANG PERMOHONAN PENGKEBUMIAN (Lihat - Lampiran 1)

 Borang ini yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada  Penyelaras TPISP oleh Pengurus Jenazah Qarayah bersama permit penguburan dan dokumen sokongan lain bila tiba di tanah perkuburan.  Borang ini  disimpan sebagai rujukan pihak TPISP dan juga waris dimasa depan .

SYARAT-SYARAT KETIKA MEMOHON PENGKEBUMIAN




1.          Mestilah dipohon oleh Penyelaras Jenazah Qaryah kepada Penyelaras Tanah  
           Perkuburan dengan  menggunakan borang Lampiran 1.

2.          Disahkan dengan jelas Keislamannya, jika berlaku pertikaian  (tuntutan) oleh pihak   
           bukan berugama Islam hanya dibenarkan bila mendapat perintah mahkamah atau
           arahan polis secara bertulis.

3.           Disahkan dengan jelas kematian oleh Pegawai Perubatan atau Polis.

4.           Mengemukakan permit penguburan yang dikeluarkan oleh Hospital atau Polis.

5.          Mengesahkan kepada Penyelaras Tanah Perkuburan bahawa Fardu Kifayah seperti
    mandi, kafan dan sembahyang  telah disempurnakan.

6.          Jika warga asing atau jebazah HIV hendaklah di sokong dengan dokumen berkaitan.

7.          Jika jenazah HIV hendaklah diuruskan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan
                 yang lazimnya dilakukan oleh pihak Hospital.

 KOS PERKHIDMATAN PENGKEBUMIAN

       Kos perkhidmatan pengkebumian ditetapkan berdasarkan kepada perkhidmatan berikut:

1.         Penggalian liang pengkebumian

2.         Mengurus pengkebumian

3.         Kerja penyelenggaraan selepas pengkebumian

4.         Pengurusan lanskap keseluruhan

5.         Kos batu nisan

6.         Tabung tanah perkuburan

7.         Saguhati  Jawatankuasa Pengkebumian



                Jadual Kos Perkhidmatan Pengkebumian

 

<><><><><><> <><><><><><> <><><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><> <><><><>

Bil
Kategori Jenazah
Perkhidmatan
Pengkebumian
Batu Nisan
Jumlah
1
Dewasa Lelaki/Perempuan
250.00
150.00
400.00
2
Kanak-Kanak Kategori 1 (3 hingga 6 tahun)
150.00
100.00
250.00
3
Kanak-Kanak Kategori 2 (2 tahun ke bawah)
100.00
100.00
200.00
4
Anggota Badan
50.00
-
50.00