Konsep

KONSEP

Tanah Perkuburan ini berkonsepkan panah perkuburan dalam  taman dan mesra alam sekitar,
dengan warna tema hijau/kuning.


VISI TPISP

Menjadikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani sebagai tanah perkuburan Islam contoh dengan pengurusan yang sistematik supaya ia menjadi destinasi yang suka di ziarahi oleh semua umat Islam

 MISI TPISP

Mengatur upacara pengkebumian dengan cepat, mengurus tanah perkuburan secara lebih moden dan sistematik dan memudahkan waris memengakses maklumat  ahli kerluarga yang dikebumikan di  TPISP dimasa hadapan.


TAPAK PERKUBURAN SEMASA

Tapak perkuburan semasa seluar 12.5 ekar dinamakan  sebagai Fasa 1 dengan anggaran kegunaan selama 5 tahun.  Fasa 2 akan dbuka apabila bagi Fasa 1 tinggal baki 10 peratus.  Baegitu lah akan dilakukan pada setiap Fasa. Bila Fasa 3 berakhir, Fasa 1 kemungkinan akan ditimbus (jika perlu) bagi  kegunaan berikutnya.

BATU NISAN

Hanya satu jenis batu nisan dicadangkan dengan  2 paten yang berbeza untuk lelaki dan perempuan.   Pihak TPISP akan menguruskan kesemuanya termasuk  tempahan
dan  ketika meletakan diatas pusara termasuk mengemaskininya dari masa kesemasa.
Paten yangsama bagi kanak-kanak Cuma dikecilkan sedikit ukurannya.


TANDA PENGENALAN SEMENTARA

Selepas selesai pengkebumian satu tanda sementara dipacak diatas pusara sebagai tanda pengenalan sementara sehingga batu nisan di letakan.  Tujuan bagi memudahkan waris
menziarahinya didalam masa terdekat.  Maklumat ringkas seperti  qaryah/nama/kategori jenazah/umur/tarikh kematian/tarikh pengkebumian/lokasi pengkebumian.  Tanda ini
akan di ambil keluar bila btu nisan di pasang.

 KAD PENGENALAN PUSARA
Selepas selesai pengkebumian sekeping  kad pengenalan pusara di berikan kepada waris atau pun didalam  tempoh seminggu bagi memudahkan  waris membuat  rujukan atau menziarahinya di masa hadapan.  Kad itu sebesar kad kredit diberi dengan percuma dan mengandungi maklumat seperti nama, no kp, umur, tarikh /hari/masa mati, tarikh/masa kebumi dan lokasi kebumi.  Ia juga mempunyai kod rujukan bagi waris merujuk kepada pihak TPISP jika ada  masaalah dikemudian hari.
Contoh  pengenalan  di kad pengenalan pusara   ialah:  FASA 1  SEKTOR A  BARIS 1  PUSARA 1.
Contoh kod tercatit di kad pengenalan pusara:  P300/2009/368/1A/1/1 –  keterangan  (jenazah perempuan Ke 300/Tahun kebumi 2009/dari 368  pusara/ Fasa 1A/Baris 1/Pusara 1).

SISTEM PENGKEBUMIAN

Tanah perkuburan ini akan mengandungi beberapa Fasa, sebagai contoh -  Fasa 1 meliputi  pengkebumian tahun 2007 hingga 2011.  Setiap Fasa  akan terkandung didalamnya beberapa Sektor  – setiap  sektor  mengandungi 100 pusara dengan beberapa barisan    setiap barisan pula mengandungi beberapa pusara. 

PENDEKATAN BARU PENGKEBUMIAN

Bagi mencapai matlamat  menjadikan tanah perkuburan Islam yang moden dan sistematik maka pendekatan baru berikut diambil:

1.         Mengasingkan jenazah mengikut kategori LELAKI/PEREMPUAN/KANAK-KANAK
2.         Menggunakan satu jenis batu nisan sahaja
3.         Tidak membenarkan sebarang bentuk binaan diatas pusara
4.         Tidak membenarkan tanaman pokok sesuka hati – tetapi akan diuruskan oleh pihak   
   pengurusan tanah perkuburan
5.         Tidak membenarkan pengkebumian mengikut kelompok keluarga
6.         Penanaman rumput di antara pusara dan pengurusan lanskap yang bersesuaian.
7.         Penyimpanan rekod pengebumian  secara manual dan juga berkomputer
  1.    Memperkenalkan kad pengenalan pusara.
SKOP PERKHIDMATAN PENGKEBUMIAN

1.        Menyediakan kemudahan liang pengkebumian
2.        Membantu waris menurunkan jenazah kedalam liang
3.        Menimbus tanah selepas jenazah di semadikan
4.        Mengemaskini pusara selepas pengkebumian
5.        Memasang batu nisan dan menyelenggarakannya
6.        Menguruskan lanskap
7.        Menyimpan rekod pengkebumian

contoh

Tanah perkuburan orang Islam di negara bukan Islam contohnya seperti di UK, USA,  Asia Tengah dan lain-lain didapati diuruskan secara teratur dan kemas dengan mengambil kira faktur alam sekitar.  Susunan barisan yang kemas dengan lanskap yang menarik tentunya menceriakan pelawat.

Conrtoh perkuburan Islam di UK: