Thursday, August 12, 2010

Jenayah Rogol dan Bunuh

Dengan sedih dan dukacita  pihak Jawatankuasa TPISP mengucapkan takziah kepadfa waris Allahyarhamah  Noraini bte Ahmad yang telah meninggal dunia disyaki dirogol dan dibunuh.  Polis sedang menyiasat kes.  Jenazah Allahyarhamah dijumpai di ladang getah Lot 2793 Ladang Rusa, Taman Kelisa, Sungai Petani.  Inilah jenazah pertama yang meninggal dunia akibat dibunuh kemungkinan juga di rogol yang dikebumikan di TPISP.  Adalah diharapkan agar waris Allahyarhamah dapat menerima ketentuan Allah dengan sabar dan tabah.  Marilah sama-sama kita mendoakan agar rohnya diletakan Allah disisi roh orang-orang soleh. Al-Fatihah.....................Amin.

Kita juga berdoa agar penjenayah yang terlibat melakukan kekejaman terhadap insan yang lemah ini akan menerima balasan Allah yang setimpal.  Kita juga berharap  pihak Polis dapaat menjalankan siasatan dan membawa mereka yang berkaitan ke muka pengadilan.  Keadaan masyarakat kini menjadi tidak selamat dan jenayah bunuh menjadi-jadi.  Kita juga memohon doa kepada Allah agar  menjauhi bala ini dari melanda masyarakat di Malaysia dan berilah kedamaian kepada sekelian kami. Amin.....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment